Saturday, 30 September 2017

Sinopsis Drama dan Novel Titian Cinta

titian cinta, titian cinta poster, poster drama titian cinta,
Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan mengisi slot Akasia TV3 iaitu ditayangkan pada pukul 7.00 malam. Pelakon dalam drama Titian cinta ini ialah gandingan baru antara Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Pengarah Drama Titian Cinta ialah tuan Heykal Hanifah, manakala penerbit pula ialah Zamriez Golden Pictures. Tayangan episod pertama drama titian cinta ialah pada 11 september 2017. Macam mana cerita ni? Best tak ? 

Antara barisan pelakon dalam drama titian cinta ialah Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin

Watak
  • Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
  • Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
  • Daler Yusuf  sebagai Rayyan
  • Tisha Shamsir sebagai Sofia
SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta antara Umayr Harris (Zul ariffin) dan Rahadatul Aisy(Farah Nabilah). Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagaikan kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus kesalahannya itu. Dek kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Macam-macam dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Sinopsis Titian Cinta Dari novel: 
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – ‘Aisy
credit to myinfotaip.com

Sinopsis pun dah menarik kan? Mari kita sama-sama menonton drama ni sampai habis episodnya.